Alhamdulillah, Majlis Jamuan Raya Aidilfitri dan Majlis Silaturrahim Aidilfitri & Kesyukuran telah berjaya dilaksanakan bagi mensyukuri kejayaan syarikat atas pengurniaan Projek LRT Laluan Mutiara serta kejayaan menyiapkan Projek Elmina Data Centre mengikut tempoh masa yang ditetapkan.
Dengan slogan, ’Raya Eratkan Kasih, Satukan Hati’ ini telah berjaya menghimpunkan seluruh lapisan kakitangan syarikat bagi memperkukuhkan jalinan Silaturrahim dan diserikan lagi dengan kehadiran para tetamu undangan.
Semoga ukhuwah yang terjalin sepanjang berlangsungnya majlis ini mampu menyemai benih-benih mahmudah dan mengeratkan silaturrahim.