Warning: Undefined array key "title_desc" in /home/idutacom/public_html/news-details.php on line 16
Irama Duta Sdn Bhd

News Details

05 December 2023

Kelas Pengajian Fardhu Ain

Alhamdulillah dengan izin Allah SWT, Kelas Pengajian Fardhu Ain bagi kakitangan Irama Duta telah bermula pada 5 Disember 2023. Pengajian ini dikendalikan oleh Al-Fadhil Ustaz Muhammad Nazmi, Imam Masjid Al Makmuriah Kayu Ara, Damansara, menggunakan Kitab Asas-Asas Fardhu Ain yang disusun oleh Ustaz Muhadir Haji Joll yang merangkumi ilmu Tauhid, Feqah dan Tasawuf.

Diharap dengan ilmu yang baik ini berupaya memelihara dan memancarkan nilai-nilai asas setiap individu dan secara langsung dapat membantu pertumbuhan sahsiah serta mengekalkan jati diri kakitangan syarikat. Pendidikan merupakan elemen terpenting dalam proses tumbesaran dan kematangan seseorang yang dapat melahirkan generasi yang berguna dan berakhlak mulia.